Isnin, 1 Ogos 2011

Bukan itu Pinta mu...Ayah

Nota yang dibaca sebentar tadi ditutup apabila terdengar handset sonynya berbunyi menyanyikan irama rancak..irama itu telah diset untuk seseorang yang amat penting dalam hidupnya...tanpanya aku xkan berada d menara gading itu...

"Assalamualaikum ayah.." aku terlebih dahulu memberi salam kepada ayahnya setelah panggilan itu disambut..

"waalaikumsalam, Q tengah watpa tu" balas c ayah.

"xada wat apa pun yah..tengah baca2 nota ni. Ayah dan ibu sihat?" aku menanyakan khabar orang tuaku yg berada d kampung halaman.

"sihat alhamdulillah. camna study arini?klu ada masalah jangan segan gtau ayah dan ibu"

"study ok je..2 minggu lagi Q nak exam da.ayah doakan yang terbaik untuk Q ek."

"InsyaAllah Q..buat yang terbaik untuk hidup Q. Klu Q berjaya Q jgk yang senang macam akak dan abang Q.."

Aku tersentak..Abang?????abang yang tidak mengenang jasa ibu dan ayah. abang yang sanggup buang ibu dan ayah dari hidupnya semata2 seorang perempuan. layakkah dirinya ku panggil abang? Aku tak sanggup melihat air jernih dari kelopak mata kedua orang tua ku.

"Q??"ayahku memanggil namaku bila aku berdiam diri..

"erm..ye ayah?"

"ayah pun tak tahu nak buat apalagi.ayah dah buat yang terbaik untuk anak2 ayah..ayah tak tahu mana silapnya ddikan yang ayah berikan untuk kamu semua.."terdengar rintihan seorang ayahku..disebalik suara itu ada satu rasa yang susah untuk diluahkan dengan kata2.

"ayah tak payah fikir lah semua tu..biarkan dia dengan kehidupan yang dia pilih..ayah masih ada Q masih ada akak n adik2.walaupun kami semua pompuan tapi kami akan jaga ayah dan ibu.ayah jangan la bersedih ek.." jawabku untuk meredakan kesedihan yang ditanggung ayahku..

"terima kasih Q.ayah tak tahu nak cakap apalagi.ayah betul2 kecewa. ayah harap Q belajar baik2,dapat keja yang baik ye..1 je pesan ayah klu nak cari suami pilihlah yang betul2 janganlah ada anak ayah yang kedua buang ayah dan ibu lagi."

"eh,takkan la Q nak buat mcm tu.lagipun 1 hubungan tu takkan bahagia tanpa restu kedua ibu bapa.kan ayah?ayah tak payah fikir banyak la..kitorang masih ada.."

"yalah Q."nada suara ayahku berubah "Q belajar elok2 ye..ayah doakan Q berjaya.ayah letak telefon dulu ye." sambung ayahku.

"baiklah ayah. sampaikan salam Q pada ibu,assalamualaikum."

"Insyaallah..waalaikumsalam"

tutttttt.........................................tanda panggilan telah diletak.Tanpa ku sedari menitik setitik air mata..airmata kesedihan,kekecewaan,kehampaan tanpa ada hadirnya air mata kegembiraan..aku tidak sanggup melihat kedua orang tua ku bersedih.aku tak sanggup melihat airmata kesedihan ibu dan ayah..
maafkan Q ibu,ayah..Q tak mampu buat apa2.Q tak dapat bantu kembalikan abang ke pangkuan ibu dan ayah..Q hanya mampu berdoa agar hati abang sedar dengan apa yang dia buat selama ni adalah salah..
abang,kembalilah ke pangkuan keluarga sebelum terlambat..jangan menyesal di kemudian hari..sedarlah,siapa dirimu. dirimu takkan jadi seperti sekarang jika bukan jasa ibu dan ayah yang membantu mu..jangan jadi seperti c Tanggang menderhaka kepada ibunya..Ingatlah..Doa Ibu dan Ayah itu akan termakbul..

2 ulasan:

  1. si elpik kah maksud kau? aik... dia suda kawin ka?

    BalasPadam
  2. blum lg tu kwin..
    crta biasa2 ja ni kak..huhu

    BalasPadam