Ahad, 5 Jun 2011

PARATHYROID


Parathyroid merupakan salah satu kelenjar endokrin yang terdapat dalam kelenjar Thyroid. Parathyroid berbentuk seperti bijian beras. Terdapat 4 kelenjar Parathyroid dalam dalam kelenjar thyroid. Kelenjar Parathyroid mengukurkan berat sebanyak 25-40mg dalam badan manusia.

Parathyroid merupakan salah satu kelenjar endokrin yang berfungsi seperti berikut:

· Fungsi utama: mengekalkan tahap kalsium dalam keadaan yang terkawal supaya sistem otot dan saraf dapat berfungsi dengan sempurna.

· Apabila tahap kalsium jatuh lebih daripada tahap yang sepatutnya, reseptor pengesan kalsium dalam parathyroid diaktifkan supaya hormone dijekulasi dalam darah.

· Hormon Parathyroid dikenali sebagai Parathormon(PTH). Ianya merupakan sejenis sel protein yang mengawal kalsium , homeostasis phosphate dan fisiologi tulang.

· PTH meningkatkan tahap kalsium dalam darah melalui perangsangan osteoclast untuk memecahkan kalsium dari tulang.

· PTH juga menyerap semula kalsium melalui ginjal dan pengaktifan vitamin D. Kurangan PTH dalam badan individu boleh menyebabkan Keletihan dan kegelisahan.

PERMASALAHAN YANG WUJUD DALAM KELENJAR ENDOKRIN PARATHYROID

· Terdapat 2 Permasalahan yang lazimnya wujud dalam kelenjar Endokrin Parathyroid.

* Jenis yang pertama adalah Hyperparathyroidism

Situasi dimana hormon Parathyroid dihasilkan dalam keadaan yang terlalu banyak.

· Mengakibatkan ketidakseimbangan mineral, batu ginjal, sakit perut, osteoporosis, penyimpangan memori dan kelemahan otot, kekerapan dalam membuang air kecil dan dahaga.

* Jenis yang kedua adalah Hypoparathyroidism

Situasi dimana hormon Parathyroid dihasilkan dalam keadaan yang terlampau sedikit.

· Mengakibatkan sensasi menusuk pada bibir dan jari-jari, kekejangan otot, kejang atau sakit, terutama pada anggota badan, perut,dan wajah. Pembelahan kuku dan keguguran rambut juga salah satu akibat daripadanya.Menstruasi yang menyakitkan serta kulit yang kering dan kasar serta sakit kepala.

· Cara-cara mengesan PARATHYROID:

* Pengesanan melalui radiasi sinar-X, ujian darah, ujian ECG, ujian kencing dan ujian pengukuran kepadatan tulang.

· Cara-cara merawat PARATHYROID:

HYPERPARATHYROIDISM

* Hyperparathyroidism Prima

* Melaksanakan pembedahan yang kecil untuk mengeluarkan satu atau kedua-dua kelenjar thyroid. Manakala bagi wanita yang sudah melalui menopause, pil hormone estrogen akan diberi sebagai penggantian thyroid.

* Hyperparathyroidism Sekunder

* Sejenis dadah yang bernama Cinacalcet digunakan untuk merawat pesakit yang sudahpun melalui penyakit kanser parathyroid.

HYPOPARATHYROIDISM

* Mampu mengimbangkan semula phosphorus dan kalsium kembali kepada normal melalui pemakanan suplemen kalsium karbonat dan vitamin D dalam diet makanan seharian dengan seimbang. Jikalau keadaan ini masih berpanjangan maka dadah jenis diuretik akan diberi melalui pengawasan dan perundingan doktor.

TANDA-TANDA DAN SIMTOM-SIMTOM PARATHYROID

* Perasaan yang lemah, keletihan yang teramat, kekurangan tenaga

* Mengalami Osteoporosis dan Osteopenia

* Mengalami perasaan tekanan sepanjang waktu

* Batu di ginjal

* Arrhythmias (Degupan jantun yang laju)

* Keguguran rambut

* Gastrik dan sakit kepala

* Sakit sendi dan Tulang

* Kemurungan

* Jangka hayat akan memendek sebanyak 5 tahun bagi pesakit yang mengalami Parathyroid selama 15 tahun yang berterusan




PERUBATAN BAGI SAKIT PARATHYROID

* Sensipar (Cinacalcet) Tapi ubat ini mempunyai kesan buruk kerana ia memburukkan lagi penyakit Osteoporsis

* Pemakanan seimbang yang mengandungi vitamin D dan kalsium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan